Kemaskini STR 2026: Cara Betul Kemas Kini Maklumat Supaya Lulus Bantuan Tanpa Gagal Kredit
Masih belum terima bayaran STR anda? Salah satu sebabnya mungkin maklumat dalam permohonan anda tidak dikemas kini. Untuk tahun 2026, semua pemohon dan penerima STR perlu menyemak serta mengemaskini butiran peribadi mereka jika terdapat sebarang perubahan — seperti akaun bank, pendapatan, status perkahwinan, bilangan anak, atau maklumat hubungan. Proses ini perlu dilakukan melalui portal rasmi sebelum tarikh tutup bagi memastikan anda terus layak menerima bayaran seterusnya.
Jika maklumat tidak dikemas kini, permohonan anda mungkin ditolak atau bayaran gagal dikreditkan — walaupun anda sebenarnya layak. Dalam panduan ini, kami akan terangkan siapa yang perlu buat kemaskini, dokumen yang diperlukan, cara kemaskini secara dalam talian, dan bagaimana untuk menyemak status permohonan selepas dihantar. Sama ada anda ibu atau bapa tunggal, warga emas, atau tergolong dalam kumpulan B40 atau M40, mengemaskini maklumat adalah langkah penting untuk memastikan bantuan diterima tanpa sebarang gangguan.
Apa Itu STR 2026?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 ialah bantuan tunai daripada kerajaan Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Ia meneruskan skim bantuan terdahulu seperti BRP dan BSH, dan menyasarkan kategori B40 dan M40.Dalam Belanjawan 2026, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM13 bilion bagi STR dan SARA RAHMAH 2026, iaitu peningkatan terbesar setakat ini dengan tambahan 30%. Bantuan ini diagihkan secara berperingkat sepanjang tahun untuk meringankan kos sara hidup hampir 60% rakyat Malaysia.
Cara Kemaskini STR 2026 Secara Online (Langkah Demi Langkah)
Kemaskini maklumat STR 2026 boleh dilakukan dengan mudah melalui Portal Rasmi MySTR. Langkah ini penting untuk memastikan maklumat anda yang terkini digunakan dalam semakan kelayakan dan bayaran bantuan.
Ikuti panduan lengkap di bawah untuk proses kemaskini:
Langkah 1: Layari Portal Rasmi
Pergi ke https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Anda akan dibawa ke halaman log masuk MySTR.
Langkah 2: Log Masuk Akaun
Langkah 3: Akses Menu Kemas Kini
Selepas log masuk, cari menu di sebelah kiri skrin.
Klik pada “Kemas Kini Permohonan” untuk mula kemaskini maklumat anda.
Langkah 4: Kemaskini Maklumat Peribadi
Kemas kini hanya bahagian yang perlu. Antara maklumat yang boleh dikemas kini:
- Nombor telefon rumah dan bimbit
- Status perkahwinan serta tarikh kahwin/cerai/kematian pasangan
- Pendapatan isi rumah bulanan
- Jenis pekerjaan
- Alamat surat-menyurat, poskod, dan negeri
- Butiran akaun bank (akaun aktif sahaja)
- Alamat e-mel

Pastikan semua ruangan bertanda (*) diisi dengan lengkap.
Langkah 5: Maklumat Pasangan (Jika Berkahwin)
Jika anda sudah berkahwin, isikan maklumat berikut:
Langkah 6: Maklumat Anak (Jika Ada)
Untuk setiap anak (maksimum 5 orang), sediakan:
Langkah 7: Maklumat Waris
Isi butiran waris seperti berikut:
- Hubungan (Pasangan, Ibu/Bapa, Anak, Adik-Beradik, Cucu)
- Jenis dan nombor pengenalan
Nama (jika tiada dalam data JPN, nama wajib diisi)
Langkah 8: Semakan & Hantar
Selepas lengkap:
Permohonan anda akan diproses semula oleh LHDN untuk pembayaran STR seterusnya.
Syarat Kelayakan STR 2026
Untuk memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, pemohon mestilah warganegara Malaysia dan memenuhi syarat pendapatan serta kategori isi rumah seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
Berikut ialah kategori yang layak memohon:
Isi Rumah
- Telah berkahwin; atau
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak yang menepati syarat
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan
Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang, balu, janda atau duda tanpa anak yang layak
- Berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan bulanan di bawah RM5,000
Kategori Bujang
- Bujang, balu, janda atau duda tanpa anak
- Berumur 21 hingga 59 tahun
- Bagi OKU bujang, umur mesti 19 tahun dan ke atas
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS
- Pendapatan bulanan di bawah RM2,500
Kepentingan & Tarikh Akhir Kemaskini STR 2026
Kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 amat penting bagi memastikan penerima yang layak terus menerima bantuan STR tanpa sebarang masalah. Ia juga membolehkan pihak Kerajaan Malaysia menyalurkan bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan berdasarkan maklumat terkini pemohon.Sekiranya terdapat perubahan seperti status perkahwinan, jumlah anak, pendapatan isi rumah, atau akaun bank, anda disarankan untuk melakukan kemaskini STR 2026 segera bagi mengelakkan status tidak lulus atau kelewatan dalam pengkreditan bantuan ke akaun bank anda.
Tempoh Kemaskini STR 2026
Tempoh rasmi untuk membuat kemaskini telah ditetapkan bermula 19 Oktober 2024 hingga 30 November 2024.
Sekiranya anda gagal mengemas kini dalam tempoh ini, Bayaran STR Fasa 1 yang dijadualkan pada 22 Januari 2025 mungkin tidak dapat disalurkan.
Maklumat & Bantuan Lanjut
Jika anda perlukan maklumat lanjut atau bantuan teknikal, sila hubungi:
- 🔗 Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- ☎️ Hotline LHDNM: 1-800-88-2747
- ☎️ Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566
Melakukan kemaskini STR dalam tempoh yang ditetapkan bukan sahaja mengelakkan masalah permohonan, malah memastikan anda terus layak menerima bantuan tunai yang diagihkan pada tahun 2026.
